Glaukoma
adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang
penglihatan tanpa disedari. Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat
awal, kehilangan penglihatan / kebutaan kekal dapat dielakkan.
Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah mata.
Terdapat
banyak jenis Glaukoma. Namun kebiasaannya, Glaukoma yang sering
dihidapi pesakit adalah 'Glaukoma Sudut Terbuka'. Glaukoma jenis ini
biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit.