Siapakah Sasaran Glaukoma?


- Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.

- Umor 40 tahun ke atas

- Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi

- Pengambilan ubat Steroid

Bagaimana Glaukoma terjadi ?

Dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur 'Canal of Schlem'.

 
Dalam Glaukoma, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan ke bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.
 
Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah medan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.


medan penglihatan normal


medan penglihatan berkurangan


medan penglihatan kecil & kabur
 
http://eforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=682021