- Low Vision/ penglihatan terhad
Low vision boleh didefinisikan
sebagai kecacatan penglihatan yang tidak sepenuhnya iaitu apabila seseorang itu
berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70 iaitu kurang daripada 20%. Menurut
World Health organization (WHO) dan Norini Salleh (1993) telah mengistilahkan
kerabunan/ low vision sebagai mempunyai baki penglihatan (residual vision) yang
signifikan.
Penglihatan terhad didefinisikan
sebagai signifikan terhadap penurunan tahap pengupayaan penglihatan iaitu
ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau keadaan penglihatan
kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Masalah
penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, keluasan penglihatan dan
pengamatan penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat
sesuatu benda dengan jelas. Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang
dapat dilihat sekiranya mata dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan
penglihatan bermaksud pentafsiran penglihatan yang diproses di dalam otak untuk
mengenal pasti konsep ruang. Kedudukan atau orentasi objek sama ada terbalik
atau tidak. Penglihatan terhad terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
I. Miopia/ rabun jauh
Objek dekat saja dapat difokuskan
dengan jelas kerana biji mata terlalu panjang atau kuasa kanta mata yang
terlalu tinggi. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu dihadapan retina.
Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung yang
memapah cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina ( Hallan dan
Kauffman, 1994)
II. Hiperopia/ rabun dekat
Objek jauh dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu
pendek ataupun kuasa kanta mata yang terlalu rendah. Ini menyebabkan sinar
cahaya bertumpu di belakang retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan
memakai cermin mata berkanta cembung yang menumpukan cahaya supaya imej dapat
difokuskan ke atas retina (Hallan dan Kauffman, 1994)
III. Presbiopia
Masalah ini disebabkan kekenyalan kanta mata dan biasanya berlaku di
kalangan orang tua. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata
berkanta Bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan
bahagian bawah digunakan untuk membaca.
IV. Astigmatisme
Cahaya tidak dapat difokuskan pada
titik yang sama. Kecacatan ini boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata
berkanta bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan
bahagian bawah digunakan untuk membaca.
V. Rabun warna
Rabun warna bukanlah merupakan kerabunan tetapi kecacatan
penglihatan yang menyebabkan seseorang yang mengalaminya tidak dapat membezakan
warna khususnya warna asas. Ia adalah kecacatan keturunan yang aneh yang melibatkan
kira-kira 8% lelaki dan 0.4% perempuan (Norini Salleh, 1993). Orang yang
menghadapi rabun warna sering mengalami kesulitan untuk membezakan di antara
warna merah dan hijau. Ujian mengesannya mudah dilakukan iaitu dengan
menunjukkan beberapa plat buku yang mengandungi titik berwarna yang berbeza
untuk dijadikan nombor tertentu. Nombor-nombor ini akan disalahtafsirkan oleh
orang yang rabun warna. Terdapat tiga jenis rabun warna iaitu dichromat
(merah-hijau), dichromat (kuning-biru), dan monokromat hanya menggunakan satu
warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi.
VI. Rabun malam
Ia adalah kecacatan disebabkan oleh keturunan. Ia sukar dikesan dan
mungkin menjejaskan pekerjaan seseorang. Keadaan ini tidak dapat dirawat.
VII. Penglihatan terowong
Penglihatan yang terhad. Hanya sebahagian saja objek
yang dapat dilihat.
VIII. Strabismus (juling)
Oleh kerana tidak ada koordinasi di
antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus, tetapi bertemu di atas,
terpesong keluar atau tegak ke atas atau ke bawah. Oleh itu tidak dapat
memfokuskan pada satu tang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur enam
bulan apabila penglihatannya kabur.
IX. Ambliopia (mata malas)
Masalah ini mungkin disebabkan
juling. Salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, penglihatan
menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan. Keadaan ini boleh dirawat sebelum
umur tujuh tahun.
X. Glaukoma
Masalah ini disebabkan tekanak pada
biji mata yang memusnahkan urat saraf mata dan seterusnya menjejaskan
penglihatan. Biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun ke atas.
XI. Diplopia
Mereka yang menghadapi masalah ini
akan mengalami masalah di mana semua objek nampak dua.
XII. Albinisme
Mereka yang menghadapi masalah ini
sangat sensitif pada sinaran cahaya. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh
keturunan.
Ciri-ciri masalah penglihatan atau buta.
Kanak-kanak yang
mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat dikesan dari
peringkat pra sekolah dan persekolahan sebenarnya.
Hewett udan Forness (1974), menyatakan kecacatan ini
boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku, dan aduan. Ini diakui
oleh The uNational Society For The Prevention Of Blindness (1972), pula
menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a)
Rupa
Kanak-kanak yang cacat penglihatan
adalah berbeza daripada kanak-kanak normal seperti berikut:
I.
Matanya sangat sensitif pada
cahaya.
II.
Bahagian tepinya berwarna
merah.
III.
Kelopak matanya bengkak
IV.
Matanya selalu berair
V.
Juling iaitu memutarkan matanya
bila melihat
VI.
Bintik-bintik putih di tengah
mata.
b)
Tingkahlaku
Tingkahlaku kanak-kanak yang
mengalami kecacatan penglihatan juga boleh dikesan melalui:
I.
Menggosok dan mengerdip mata
dengan berlebihan
II.
Selalu mengerutkan mata
III.
Suka menutup dan melindungi
sebelah mata
IV.
Mendekatkan kepala bagi melihat
sesuatu mata.
V.
Susah untuk membaca atau
melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek pada mata
VI.
Kerap menangis
VII.
Memegang kepala dengan cara
luar biasa
VIII.
Kerap melanggar sesuatu dan
terjatuh apabila berjalan.
c)
Aduan
Kanak-kanak yang mengalami sesuatu
masalah biasanya kan menyatakan tidak puas hatinya untuk mendapatkan perhatian.
Ciri-ciri bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan penglihatan ialah:
I.
Mengadu melihat objek yang
tidak jelas atau nampak
II.
Merasa sakit kepala bila
membuat sesuatu kerja
III.
Pandangan sentiasa kabur
IV.
Mengadu nampak dua imej pada
sesuatu (double vision)
2.1.4 Ciri-ciri kanak-kanak Low Vision/ penglihatan terhad
Masalah penglihatan
boleh dialami oleh kanak-kanak, tetapi keadaan itu sukar dikesan pada peringkat
awal. Ini kerana kanak-kanak tidak memahami masalah itu dan tidak tahu
bagaimana menyatakan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan terhad
biasanya dapat dikesan pada peringkat prasekolah, tetapi kecacatan yang
sepenuhnya mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah. Hewett dan
Forness (1974) menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu
rupa, tingkahlaku dan aduan. The National Society For The Prevention Of
Blindness (1972) pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a)
Rupa
Mata kanak-kanak bermasalah
penglihatan terhad adalah berbeza dengan kanak-kanak normal antaranya ialah:
I.
Sentiasa mengerdip dan
menggosok mata.
II.
Penglihatan kabur dan kadang
kala menjadi dua imej
III.
Juling iaitu memutar-mutar
matanya bila melihat sesuatu
IV.
Kelopak mata keras, bengkak dan
merah di keliling.
V.
Bahagian tepi matanya berwarna
merah
VI.
Mengadu sakit mata kadang kala
mata selalu berair kerana terlalu sakit
VII.
Katarak- bahagian anak mata
berbintik putih, berkabut dan kelam
VIII.
Mata yang terlalu sensitif
kepada sebarang cahaya.
b)
Tingkahlaku
Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami
masalah penglihatan juda boleh dikesan seperti:
I.
Selalu mengerut mata dan
bahagian kening
II.
Suka menutup dan melindungi
sebelah mata
III.
Mendekatkan kepala bagi melihat
sesuatu objek
IV.
Susah untuk membaca atau
melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek kepada mata.
V.
Kerap menangis
VI.
Kerap melanggar tiang-tiang dan
tunggul sewaktu berjalan
VII.
Memegang kepala dengan cara
luar biasa
VIII.
Suka memicit dan mencucuk
matanya untuk melihat sesuatu
IX.
Meniru ketika berada berada di
dalam kelas
X.
Mata cepat letih
XI.
Sering tersandung dan terjatuh
apabila berjalan, menaiki atau menuruni tangga.
c)
Aduan
Kanak-kanak yang mengalami sesuatu
masalah biasanya akan menyatakan perasaan tidak puas hati supaya mendapat
perhatian. Tanda-tanda aduan yang dapat diperhatikan seperti:
I.
Mangadu kerana tidak dapat
melihat dengan jelas
II.
Berasa sakit kepala apabila
membuat sesuatu kerja
III.
Pandangan kabur
IV.
Mengadu nampak dua imej pada
suatu objek
V.
Mengadu suasana manjadi gelap
apabila awan mendung
VI.
Mengadu sakit mata sehingga
kadang kala mata berair
VII.
Pelajarannya kurang memuaskan
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan
Kaedah
pengajaran dan penmbelajaran bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan agak
berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran walaupun kanak-kanak
bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran melalui arus perdana.
Perbezaan ini dapat dilihat dari segi penyampaian sesebuah matapelajaran dan
kaedah yang dipilih oleh guru dalam program pendidikan khas bermasalah
penglihatan. Kaedah–kaedah yang dipilih adalah seperti berikut:
Ó
Kemahiran mendengar dan
menggunakan deria lain.
Kanak-kanak bermasalah penglihatan
hanya tidak dapat melihat atau tidak melihat dengan jelas tetapi mereka
mempunyai daya pendengaran yang agak tinggi. Maka mereka menggunakan daya
pendengaran untuk mempelajari pelbagai matapelajaran. Selain menggunakan daya
pendengaran, mereka juga menggunakan deria mereka yang lain seperti tangan.
Mulut dan deria rasa untuk menjalankan tugasan atau kerja yang diberikan oleh
guru mereka.
Ó
Pengubahsuaian Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran
Guru akan mengubahsuai kaedah
pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran mengikut keupayaan
kanak-kanak bermasalah penglihatan. Contohnya, guru akan mengajar menulis
dengan menaip menggunakan Braille. Ini akan memudahkan kanak-kanak bermasalah
penglihatan bagi menulis nota atau menyiapkan kerja yang diberikan oleh duru
mereka.
Info : http://lisazadora.blogspot.com/2012/07/jenis-jenis-masalah-penglihatan.html