Mata Tertusuk Benda Tajam


1. Jangan cabut benda yang menusuk mata

2. Tutup mata dengan penampal lembut

3. Jangan makan / minum

4. Jika dikhuatiri bola mata pecah, tutup mata dengan pelindung mata (eye shield) dan elak sebarang tekanan ke atas mata


5. SEGERA berjumpa Pakar Oftalmologi

PERINGATAN !!!

ANDA MESTI BERJUMPA PAKAR OFTALMOLOGI JIKA :

cedera pada kelopak mata

muka dan mata terbakar / tersimbah bahan kimia

termasuk bendasing ketika menukul atau memotong rumput

luka pada mata

bila tahap penglihatan menurun berbanding sebelum kecederaan

Mata Terkena Asid & Alkali

1. Alirkan air sebanyak yang boleh ke atas tempat atau ke dalam mata yang terkena bahan bakar (termasuk asid / alkali)

2. Cuci kelopak mata

3. Buangkan bendasing dari mata

4. Kecederaan oleh benda tumpul :

5. Tutup mata dengan penampal lembut

6. Jangan makan / minum


7. SEGERA berjumpa Pakar Oftalmologi

PERINGATAN !!!

ANDA MESTI BERJUMPA PAKAR OFTALMOLOGI JIKA :

cedera pada kelopak mata

muka dan mata terbakar / tersimbah bahan kimia

termasuk bendasing ketika menukul atau memotong rumput

luka pada mata

bila tahap penglihatan menurun berbanding sebelum kecederaan

Jenis Kecederaan Mata


Kecederaan mata semakin kerap berlaku terutama di kalangan kanak-kanak, remaja lelaki dan pekerja-pekerja industri. Ia membawa risiko hilang penglihatan yang teruk atau boleh menjadi buta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kecederaan yang menusuk mata dan kemasukkan bendasing ke dalam bebola mata.

Apakah jenis kecederaan?

Kemalangan - traumatik :

1. terbakar oleh bahan kimia, radiasi dan termal

2. kecederaan oleh benda tumpul

3. kecederaan oleh benda menusuk

Bukan kemalangan - penderaan