Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Silau
malam lebih-lebih lagi semasa memandu merupakan masalah yang dialami
oleh ramai orang. Kadangkala sangat merbahaya dan terpaksa menghentikan
kenderaan gara-gara silau dan tidak dapat melihat arah jalan. Saya
seringkali ditanya bagaimana caranya untuk mengurangkan silau malam.
Sebelum saya menerangkan lebih lanjut mengenai cara untuk mengelakkan
silau malam ni, kita tengok dulu apakah punca yang menyebabkannya. Bila
kita tahu punca lebih senang nak selesaikan. Betul tak?
Melalui pemerhatian saya, masalah silau menyilau ini kebanyakannya lebih berpunca dari faktor luaran dari faktor dalaman. Apa yang dimaksudkan dengan faktor luaran ialah faktor yang melibatkan tindakan orang lain manakala faktor dalaman pula mempunyai kaitan dengan diri sendiri. Jom usha!
Faktor Dalaman
1. Mata
Punca utama bagi masalah silau ialah kuasa mata atau power yang tidak dibetulkan. Sama ada power sphere atau
astigmatisma akan memberikan masalah silau Bagi pemandu yang lebih
berusia, mereka akan lebih sensitif kepada masalah silau ini berbanding
dengan mereka yang lebih muda. Ini adalah kerana keadaan mata mereka
yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan pantas kepada cahaya yang
dikenakan pada mereka. Ini sebenarnya berkaitan dengan fisiologi mata
mereka. Selain itu pembedahan yang melibatkan bahagian kornea juga boleh
menyebabkan silau.
Faktor Luaran
2. Lampu Extra Kenderaan
Kebanyakan kenderaan sekarang dilengkapi lampu kabus atau dipanggil fog lamp. Tau tak fog lamp ni di mana letaknya? Kalau di Malaysia, kebanyakan kenderaan, fog lamp dipasang di bahagian bawah iaitu di bahagian bumper depan. Kegunaan fog lamp adalah semasa berada di kawasan kabus tebal. Fog lamp akan
dinyalakan untuk memudahkan penglihatan pemandu serta memberikan
kemudahan kepada pemandu lain untuk menyedari kehadiran anda.
Ada juga fog lamp pada beberapa kenderaan dibuat cantik dan nampak stylo bila dinyalakan. Namun begitu, menyalakan fog lamp yang stylo itu semasa memandu pada waktu malam biasa dan tanpa kabus, akan memberikan masalah silau kepada pemandu lain. Jangan disebabkan stylo itu akan mengundang bahaya kepada orang lain. Tetapi kebanyakan syarikat-syarikat terkemuka telah memperbaharui rekabentuk fog lamp dengan
menggunkan LED yang tidak memberikan masalah silau kepada pemandu lain.
Contoh seperti Audi A4 di sebelah. Memang cun kan!
3. Lampu HID
Perasan
tak ada kereta yang menggunakan lampu yang berwarna kebiru-biruan yang
tersangat terang? Lampu tersebut dipanggil sebagai High-Intensity Discharge atau
nama glamornya HID. HID sudah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat
iaitu pada tahun 1996 lagi. HID tidak menggunakan filamen seperti lampu
biasa tetapi menggunakan voltage tinggi untuk mengionkan gas xenon dan membuatkan ia bercahaya. Tahap kecerahan HID adalah dua kali lebih cerah berbanding dengan lampu halogen biasa.
4. Kedudukan Lampu Kenderaan
Masalah
ini berkaitan dengan kenderaan besar seperti SUV. SUV mempunyai saiz
yang besar dan dipandu pada tahap yang lebih tinggi daripada kereta
biasa. Saiz yang besar ini menyebabkan lampu yang ditempatkan di SUV
adalah lebih tinggi dan menyebabkan silau pada pemandu lain. Saya lebih
perasan keadaan silau ini jika SUV tersebut berada di belakang dan
hampir. Silau sangat dan terpaksa sengetkan cermin pandang belakang
untuk menggunakan mode malam.
5. Tahap Ketinggian Lampu
Begitulah 5 faktor yang menjadi punca utama masalah silau di kalangan kita. Empat dari lima faktor tersebut merupakan faktor luaran yang mesti diambil perhatian oleh semua pihak. Saya berpendapat jika kita 1 Malaysia dapat bekerjasama melakukan apa yang betul, Insyaallah masalah silau ini akan berkurangan. Malaysia Boleh maaa...Ok setelah kita mengetahui faktor-faktor tersebut barulah senang sikit untuk mengatasinya. Selepas ini saya akan post artikel berkenaan dengan bagaimana untuk mengatasi silau.
Kalau ada pendapat atau faktor-faktor lain bolehlah kongsi-kongsi di sini ok...Chow dulu!
ZAsssss.....
Info : http://truskemata.blogspot.com/2010/06/silau-malam-bagaimana-atasinya.html
No comments:
Post a Comment