Buat mereka yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan
tetapi dalam masa yang sama mementingkan kesihatan terutama kesihatan
mata dan penglihatan. Pada hari ini saya kongsikan 6 jenis makanan
berkhasiat yang mudah didapati di negara kita yang kebanyakan dari kita
tidak tahu bahawa makanan-makanan tersebut mempunyai penyumbang
kesihatan terbaik untuk mata manusia.
Kailan (Kale), Bayam (Spinach), Collards
Ketiga-tiga sayuran yang disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi
dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh badan. Merujuk kepada American Optometric Association, lutein dan zeaxanthin (yang terkandung di dalam sayur tersebut) digambarkan sebagai "internal sunglasses" yang berfungsi "menapis gelombang biru" yang berada di persekitaran kita.
Tiram (Oysters)
Tiram merupakan makanan yang kaya dengan sumber zinc. Kekurangan zinc
dikaitkan dengan gangguan penglihatan, penglihatan yang teruk pada waktu
malam dan masalah katarak.
Pengambilan nutrien ini juga memperlahankan perkembangan penyakit
degenarsi makular berkaitan umur (age-related macular degeneration) di
mana sering terjadi pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Bagi
mereka yang tidak menggemari atau alah kepada tiram, anda juga boleh
mencuba makanan lain seperti udang kara (lobster), ikan salmon, daging
merah atau susu sebagai sumber zinc menggantikan tiram.
Aprikot
Aprikot kaya dengan sumber Beta Carotene dan Lutein. Beta carotene dan
lutein adalah dari kumpulan Caretonoids yang membantu dalam mengekalkan
fungsi penglihatan yang baik.
Secara fisiologinya, tubuh manusia menukarkan beta carotene kepada bahan
yang lebih ringkas iaitu Vitamin A. Vitamin inilah yang berfungsi
mengelakkan kerosakan sel dan tisu mata serta melindungi kanta dalam
mata.
Ubi Keledek atau Ubi Stelo (Sweet Potatoes)
Ubi keledek atau dikenali juga sebagai ubi stelo di kalangan masyarakat
Kelantan adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A.
Hidangan satu mangkuk ubi ini membekalkan anda lebih daripada keperluan
Vitamin A seharian. Selain dari ubi keledek, buah oren juga boleh
dijadikan hidangan sebagai bekalan Vitamin A menggantikan ubi keledek.
Telur adalah satu lagi amkanan yang kaya dengan zinc. Selain itu telur juga kaya dengan sumber Omega 3 dan lutein.
Telur juga mengandungi caretonoids tetapi peratusannya adlah tidak
sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Tambahan pula penyerapan
caretonoids dari sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.
Kandungan vitamin E yang tinggi dalam gandum berupaya memperlahankan
degenerasi makular pada mata dan juga mengurangkan risiko katarak.
Selain daripada gandum, anda juga boleh mengambil almonds, biji bunga
matahari (sunflower seeds), mentega kacang (peanut butter) serta ubi
keledek (sweet potatoes) seperti yang telah dinyatakan di atas.
Info : http://ruskemata.blogspot.com/2012/11/6-makanan-terbaik-untuk-mata-penglihatan.html
No comments:
Post a Comment