Jenis-Jenis Masalah Penglihatan

    1.       Low Vision/ penglihatan terhad

Low vision boleh didefinisikan sebagai kecacatan penglihatan yang tidak sepenuhnya iaitu apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70 iaitu kurang daripada 20%. Menurut World Health organization (WHO) dan Norini Salleh (1993) telah mengistilahkan kerabunan/ low vision sebagai mempunyai baki penglihatan (residual vision) yang signifikan.
Penglihatan terhad didefinisikan sebagai signifikan terhadap penurunan tahap pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Masalah penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, keluasan penglihatan dan pengamatan penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu benda dengan jelas. Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang dapat dilihat sekiranya mata dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan bermaksud pentafsiran penglihatan yang diproses di dalam otak untuk mengenal pasti konsep ruang. Kedudukan atau orentasi objek sama ada terbalik atau tidak. Penglihatan terhad terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

                               I.            Miopia/ rabun jauh

Objek dekat saja dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu panjang atau kuasa kanta mata yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu dihadapan retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung yang memapah cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina ( Hallan dan Kauffman, 1994)

                            II.            Hiperopia/ rabun dekat

Objek jauh dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu pendek ataupun kuasa kanta mata yang terlalu rendah. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu di belakang retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung yang menumpukan cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina (Hallan dan Kauffman, 1994)

                         III.            Presbiopia

Masalah ini disebabkan kekenyalan kanta mata dan biasanya berlaku di kalangan orang tua. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta Bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.

                         IV.            Astigmatisme

Cahaya tidak dapat difokuskan pada titik yang sama. Kecacatan ini boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata berkanta bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.

                            V.            Rabun warna

Rabun warna bukanlah merupakan kerabunan tetapi kecacatan penglihatan yang menyebabkan seseorang yang mengalaminya tidak dapat membezakan warna khususnya warna asas. Ia adalah kecacatan keturunan yang aneh yang melibatkan kira-kira 8% lelaki dan 0.4% perempuan (Norini Salleh, 1993). Orang yang menghadapi rabun warna sering mengalami kesulitan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau. Ujian mengesannya mudah dilakukan iaitu dengan menunjukkan beberapa plat buku yang mengandungi titik berwarna yang berbeza untuk dijadikan nombor tertentu. Nombor-nombor ini akan disalahtafsirkan oleh orang yang rabun warna. Terdapat tiga jenis rabun warna iaitu dichromat (merah-hijau), dichromat (kuning-biru), dan monokromat hanya menggunakan satu warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi.

                         VI.            Rabun malam

Ia adalah kecacatan disebabkan oleh keturunan. Ia sukar dikesan dan mungkin menjejaskan pekerjaan seseorang. Keadaan ini tidak dapat dirawat.

                      VII.            Penglihatan terowong

         Penglihatan yang terhad. Hanya sebahagian saja objek yang dapat dilihat.

                   VIII.            Strabismus (juling)

Oleh kerana tidak ada koordinasi di antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus, tetapi bertemu di atas, terpesong keluar atau tegak ke atas atau ke bawah. Oleh itu tidak dapat memfokuskan pada satu tang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur enam bulan apabila penglihatannya kabur.

                         IX.            Ambliopia (mata malas)

Masalah ini mungkin disebabkan juling. Salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, penglihatan menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan. Keadaan ini boleh dirawat sebelum umur tujuh tahun.

                            X.            Glaukoma

Masalah ini disebabkan tekanak pada biji mata yang memusnahkan urat saraf mata dan seterusnya menjejaskan penglihatan. Biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun ke atas.

                         XI.            Diplopia

Mereka yang menghadapi masalah ini akan mengalami masalah di mana semua objek nampak dua.

                      XII.            Albinisme

Mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif pada sinaran cahaya. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh keturunan.

 Ciri-ciri masalah penglihatan atau buta.

            Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat dikesan dari peringkat pra sekolah dan persekolahan sebenarnya.
Hewett udan Forness (1974), menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku, dan aduan. Ini diakui oleh The uNational Society For The Prevention Of Blindness (1972), pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a)           Rupa
Kanak-kanak yang cacat penglihatan adalah berbeza daripada kanak-kanak normal seperti berikut:
                               I.            Matanya sangat sensitif pada cahaya.
                            II.            Bahagian tepinya berwarna merah.
                         III.            Kelopak matanya bengkak
                         IV.            Matanya selalu berair
                            V.            Juling iaitu memutarkan matanya bila melihat
                         VI.            Bintik-bintik putih di tengah mata.
b)          Tingkahlaku
Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan juga boleh dikesan melalui:
                               I.            Menggosok dan mengerdip mata dengan berlebihan
                            II.            Selalu mengerutkan mata
                         III.            Suka menutup dan melindungi sebelah mata
                         IV.            Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu mata.
                          V.            Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan   objek pada mata
                         VI.            Kerap menangis
                      VII.            Memegang kepala dengan cara luar biasa
                   VIII.            Kerap melanggar sesuatu dan terjatuh apabila berjalan.

c)           Aduan
Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya kan menyatakan tidak puas hatinya untuk mendapatkan perhatian. Ciri-ciri bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan penglihatan ialah:
                               I.            Mengadu melihat objek yang tidak jelas atau nampak
                            II.            Merasa sakit kepala bila membuat sesuatu kerja
                         III.            Pandangan sentiasa kabur
                         IV.            Mengadu nampak dua imej pada sesuatu (double vision)

2.1.4 Ciri-ciri kanak-kanak Low Vision/ penglihatan terhad
            Masalah penglihatan boleh dialami oleh kanak-kanak, tetapi keadaan itu sukar dikesan pada peringkat awal. Ini kerana kanak-kanak tidak memahami masalah itu dan tidak tahu bagaimana menyatakan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan terhad biasanya dapat dikesan pada peringkat prasekolah, tetapi kecacatan yang sepenuhnya mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah. Hewett dan Forness (1974) menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku dan aduan. The National Society For The Prevention Of Blindness (1972) pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a)           Rupa
Mata kanak-kanak bermasalah penglihatan terhad adalah berbeza dengan kanak-kanak normal antaranya ialah:
                               I.            Sentiasa mengerdip dan menggosok mata.
                            II.            Penglihatan kabur dan kadang kala menjadi dua imej
                         III.            Juling iaitu memutar-mutar matanya bila melihat sesuatu
                         IV.            Kelopak mata keras, bengkak dan merah di keliling.
                            V.            Bahagian tepi matanya berwarna merah
                         VI.            Mengadu sakit mata kadang kala mata selalu berair kerana terlalu sakit
                      VII.            Katarak- bahagian anak mata berbintik putih, berkabut dan kelam
                   VIII.            Mata yang terlalu sensitif kepada sebarang cahaya.
b)          Tingkahlaku
Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan juda boleh dikesan seperti:
                               I.            Selalu mengerut mata dan bahagian kening
                            II.            Suka menutup dan melindungi sebelah mata
                         III.            Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek
                         IV.            Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek kepada mata.
                            V.            Kerap menangis
                         VI.            Kerap melanggar tiang-tiang dan tunggul sewaktu berjalan
                      VII.            Memegang kepala dengan cara luar biasa
                   VIII.            Suka memicit dan mencucuk matanya untuk melihat sesuatu
                         IX.            Meniru ketika berada berada di dalam kelas
                            X.            Mata cepat letih
                         XI.            Sering tersandung dan terjatuh apabila berjalan, menaiki atau menuruni tangga.
c)              Aduan
Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan perasaan tidak puas hati supaya mendapat perhatian. Tanda-tanda aduan yang dapat diperhatikan seperti:
                               I.            Mangadu kerana tidak dapat melihat dengan jelas
                            II.            Berasa sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja
                         III.            Pandangan kabur
                         IV.            Mengadu nampak dua imej pada suatu objek
                            V.            Mengadu suasana manjadi gelap apabila awan mendung
                         VI.            Mengadu sakit mata sehingga kadang kala mata berair
                      VII.            Pelajarannya kurang memuaskan

 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan
Kaedah pengajaran dan penmbelajaran bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan agak berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran walaupun kanak-kanak bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran melalui arus perdana. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi penyampaian sesebuah matapelajaran dan kaedah yang dipilih oleh guru dalam program pendidikan khas bermasalah penglihatan. Kaedah–kaedah yang dipilih adalah seperti berikut:
Ó  Kemahiran mendengar dan menggunakan deria lain.
Kanak-kanak bermasalah penglihatan hanya tidak dapat melihat atau tidak melihat dengan jelas tetapi mereka mempunyai daya pendengaran yang agak tinggi. Maka mereka menggunakan daya pendengaran untuk mempelajari pelbagai matapelajaran. Selain menggunakan daya pendengaran, mereka juga menggunakan deria mereka yang lain seperti tangan. Mulut dan deria rasa untuk menjalankan tugasan atau kerja yang diberikan oleh guru mereka.
Ó  Pengubahsuaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Guru akan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran mengikut keupayaan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Contohnya, guru akan mengajar menulis dengan menaip menggunakan Braille. Ini akan memudahkan kanak-kanak bermasalah penglihatan bagi menulis nota atau menyiapkan kerja yang diberikan oleh duru mereka.

 Info :  http://lisazadora.blogspot.com/2012/07/jenis-jenis-masalah-penglihatan.html

Masalah Saluran Air Mata Tersekat

 

Seorang ibu muda mengadu, “anak saya berusia dua bulan. Tapi matanya selalu berair bukan itu saja, kadangkala langsung tidak boleh buka kerana diselaput tahi mata. Kalau waktu pagi, tahi mata yang keras seakan gam menutup matanya. Apa sebenarnya masalah mata anak saya? Peliknya, hanya mata kiri, mata kanan elok pula,.”


Anda pernah mendengar masalah yang dinamakan ’blocked tear ducts?’ Masalah yang diutarakan ibu itu sebenarnya masalah biasa hampir 30 peratus bayi yang baru dilahirkan. Masalah saluran air mata yang tersekat ini tidak kelihatan serta merta sebaik dilahirkan. Hanya selepas beberapa hari atau minggu pertama kelahiran, masalah ini timbul.


Ia bukan masalah serius, sebaliknya akan hilang apabila bayi berusia enam bulan ke atas. Bagaimanapun jika hingga usianya setahun, masih belum pulih, satu pembedahan kecil perlu dilakukan bagi membuka saluran yang tersekat. Apa sebenarnya masalah saluran air mata tersekat?
Secara normal, air mata akan mengalir dari mata melalui tiub kecil yang dinamakan saluran air mata yang merintang dari mata hingga ke hidung. Selalunya, masalah saluran air mata yang tersekat terjadi apabila pembukaan saluran itu tidak terbuka sempurna. Apabila saluran itu tersekat, ia dipenuhi cecair dan boleh menyebabkan mata bengkak dan radang malah kadangkala jangkitan.


Tetapi ia boleh juga terjadi disebabkan jangkitan, pertumbuhan luar biasa tulang hidung yang menekan saluran air mata dan menutupnya. Atau pembukaan dalam penjuru mata (puncta) tidak terbentuk atau tertutup. Sebenarnya masalah saluran air mata tersekat ini bukan saja terjadi pada bayi yang baru lahir tetapi juga orang dewasa. Bagi orang dewasa puncanya lebih serius. Antaranya disebabkan penebalan garisan salur air mata, masalah resdung atau hidung, kecederaan pada tulang dan tisu sekeliling mata (seperti tulang pipi), jangkitan atau tumor.


Masalah saluran air mata yang tersumbat boleh dirawat di rumah. Biasanya doktor kanak-kanak atau doktor mata akan mencadangkan bahagian hidung mata yang sakit diurut beberapa kali sehari. Tetapi pastikan tangan anda dibasuh sebelum mengurut mata anak. Jika jangkitan terjadi, doktor akan memberi ubat titik.

Kapas yang dibasahkan dengan air suam juga boleh digunakan untuk menyapu tahi mata yang terlekat tetapi hanya gunakannya tidak lebih dari sekali. Jika keadaan yang sama berlarutan hingga usia bayi mencapai enam ke lapan bulan dan terjadinya jangkitan serius atau jangkitan berulang, doktor mungkin mencadangkan pembedahan kecil untuk membuka saluran yang tertutup.
Sumber Maklumat: Berita Minggu.

Info : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/490-masalah-saluran-air-mata-tersekat.html

Punca-Punca Silau Malam





Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Silau malam lebih-lebih lagi semasa memandu merupakan masalah yang dialami oleh ramai orang. Kadangkala sangat merbahaya dan terpaksa menghentikan kenderaan gara-gara silau dan tidak dapat melihat arah jalan.  Saya seringkali ditanya bagaimana caranya untuk mengurangkan silau malam. Sebelum saya menerangkan lebih lanjut mengenai cara untuk mengelakkan silau malam ni, kita tengok dulu apakah punca yang menyebabkannya. Bila kita tahu punca lebih senang nak selesaikan. Betul tak?



Melalui pemerhatian saya, masalah silau menyilau ini kebanyakannya lebih berpunca dari faktor luaran dari faktor dalaman. Apa yang dimaksudkan dengan faktor luaran ialah faktor yang melibatkan tindakan orang lain manakala faktor dalaman pula mempunyai kaitan dengan diri sendiri. Jom usha!


Faktor Dalaman

1. Mata

Punca utama bagi masalah silau ialah kuasa mata atau power yang tidak dibetulkan. Sama ada power sphere atau astigmatisma akan memberikan masalah silau Bagi pemandu yang lebih berusia, mereka akan lebih sensitif kepada masalah silau ini berbanding dengan mereka yang lebih muda. Ini adalah kerana keadaan mata mereka yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan pantas kepada cahaya yang dikenakan pada mereka. Ini sebenarnya berkaitan dengan fisiologi mata mereka. Selain itu pembedahan yang melibatkan bahagian kornea juga boleh menyebabkan silau.

Faktor Luaran

2. Lampu Extra Kenderaan

Kebanyakan kenderaan sekarang dilengkapi lampu kabus atau dipanggil fog lamp. Tau tak fog lamp ni di mana letaknya? Kalau di Malaysia, kebanyakan kenderaan, fog lamp dipasang di bahagian bawah iaitu di bahagian bumper depan. Kegunaan fog lamp  adalah semasa berada di kawasan kabus tebal. Fog lamp akan dinyalakan untuk memudahkan penglihatan pemandu serta memberikan kemudahan kepada pemandu lain untuk menyedari kehadiran anda. 

Ada juga fog lamp pada beberapa kenderaan dibuat cantik dan nampak stylo bila dinyalakan. Namun begitu, menyalakan fog lamp yang stylo itu semasa memandu pada waktu malam biasa dan tanpa kabus, akan memberikan masalah silau kepada pemandu lain. Jangan disebabkan stylo itu akan mengundang bahaya kepada orang lain. Tetapi kebanyakan syarikat-syarikat terkemuka telah memperbaharui rekabentuk fog lamp dengan menggunkan LED yang tidak memberikan masalah silau kepada pemandu lain. Contoh seperti Audi A4 di sebelah. Memang cun kan!




3. Lampu HID

Perasan tak ada kereta yang menggunakan lampu yang berwarna kebiru-biruan yang tersangat terang? Lampu tersebut dipanggil sebagai High-Intensity Discharge atau nama glamornya HID. HID sudah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat iaitu pada tahun 1996 lagi. HID tidak menggunakan filamen seperti lampu biasa tetapi menggunakan voltage tinggi untuk mengionkan gas xenon dan membuatkan ia bercahaya. Tahap kecerahan HID adalah dua kali lebih cerah berbanding dengan lampu halogen biasa.

Sama ada suka atau benci HID ini bergantung kepada pihak di sebelah mana anda berada. Pemandu yang memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya disebabkan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa berdepan dengan HID ini, sumpah seranah la yang dihamburkan.




4. Kedudukan Lampu Kenderaan 

Masalah ini berkaitan dengan kenderaan besar seperti SUV. SUV mempunyai saiz yang besar dan dipandu pada tahap yang lebih tinggi daripada kereta biasa. Saiz yang besar ini menyebabkan lampu yang ditempatkan di SUV adalah lebih tinggi dan menyebabkan silau pada pemandu lain. Saya lebih perasan keadaan silau ini  jika SUV tersebut berada di belakang dan hampir. Silau sangat dan terpaksa sengetkan cermin pandang belakang untuk menggunakan mode malam.




5. Tahap Ketinggian Lampu

Lampu depan kenderaan wajib dilaraskan supaya tidak menganggu pemandu yang bertentangan. Kesilapan melaraskan ketinggian lampu walaupun satu darjah akan memberikan kesan yang besar kepada pemandu lain. Kenderaan yang telah berusia lebih 5 tahun perlu diperiksa tahap ketinggian lampunya kerana lampu depan kenderaan yang begini lebih cenderung untuk misalign.



Begitulah 5 faktor yang menjadi punca utama masalah silau di kalangan kita. Empat dari lima faktor tersebut merupakan faktor luaran yang mesti diambil perhatian oleh semua pihak. Saya berpendapat jika kita 1 Malaysia dapat bekerjasama melakukan apa yang betul, Insyaallah masalah silau ini akan berkurangan. Malaysia Boleh maaa...Ok setelah kita mengetahui faktor-faktor tersebut barulah senang sikit untuk mengatasinya. Selepas ini saya akan post artikel berkenaan dengan bagaimana untuk mengatasi silau. 


Kalau ada pendapat atau faktor-faktor lain bolehlah kongsi-kongsi di sini ok...Chow dulu!


ZAsssss.....

Info : http://truskemata.blogspot.com/2010/06/silau-malam-bagaimana-atasinya.html

Simptom Masalah Mata


Sapa ada masalah mata?

Aku kadang2 ada...kalau lama sangat depan PC /Laptop memang mata penat, rabun ..ikutkan memang kena pakai spec tp aku x nak...

Meh kita share simptom masalah mata jom...aku jumpa kat Berita Harian dan rasa macam menarik jer nak kongsi sama...

Simptom Masalah Mata:


  • Pening Kepala
  • Pedih Mata
  • Cepat Mengantuk
  • Hilang Penumpuan
  • Kabur Penglihatan
  • Mata Berair
Sumber makanan bantu elak rabun:
  1. Avocado - Mengandungi banyak nutrisi terutama lutein iaitu aktioksidan karetonoid yang mencegah degenerasi macular dan katarak.Buah ini juga mengandungi banyak vitamin yang penting untuk mata iaitu vitamin A, C,B6 dan E.
  2. Lobak Merah - Kaya dengan Beta karotin yang berfungsi dalam proses bioelektrik mata dan membantu badan melepaskan radikal bebas.
  3. Bayam - Sumber yang kaya dengan Vitamin A iaitu nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan Zeaxanthin
  4. Biji Bunga Matahari - Mengandungi selanium yang mencegah katarak dan nutrisi penting untuk mata.
So kalau kita nak elakkan rabun boleh la mula ambil sumber makanan diatas untuk elak rabun..mencegah lagi bagus dari merawat kan..lagipun sumber2 tuh memang baik untuk kesihatan dan jugak kecantikkan kan?
x payah nak makan ubat2 yang mahal de..cukup dengan sayuran dan buah2an..insyallah dengan meneruskan amalan tersebut sihat la badan kita kan....
Semoga dari apa yang aku baca kat Berita Harian dan kongsi info tu dapat membantu kalau2 korang ada masalah mata..tapi kalau dah terpaksa pakai cermin mata maka kena la pakai..contact lens? mungkin membantu..tp aku terus terang cakap..aku memang x reti nak guna contact lens...hahahaha....
Info :  http://suriaamanda.blogspot.com/2013/09/simptom-masalah-mata.html

Masalah Berkaitan Mata

Mata mempunyai banyak kesan refleks terhadap bahagian tubuh yang lain. Saraf, soket dan urat mata dikawal oleh pusat kawalan suhu di otak NW7. Kegagalan kawalan suhu atau sekiranya suhu badan meningkat, biasanya akan menyebabkan masalah mata kering atau masalah juling. Daya penglihatan dipengaruhi oleh tenaga daripada kawasan pencernaan (atau organ kuning NW12, NW13, NW14 dan NW15). Kelemahan organ di bahagian pencernaan akan menyebabkan berlaku masalah rabun jauh atau rabun dekat, silau dengan cahaja, kabur atau yang lebih kronik ia akan menjadi katarak. Sesuatu menemuan menarik unik dan sangat tepat ialah ilmu Iridology, iaitu pemerhatian terhadap anak mata yang berwarana hitam boleh menentukan dan mengenalpasti penyakit di seluruh tubuh. Oleh itu, merawatnya menjadi amat mudah jika punca refleks mata dapat dikenalpasti.

Air mata

Air mata ialah rahsia memori. Mengeluarkan air mata dengan cara sedih atau meratap dengan seseorang atau kehilangan sesuatu, akan turut mengalirkan memori bersama dengan air mata tersebut.

Setiap yang kita lihat adalah sesuatu yang kita ada atau miliki (Falsafah Hukum Keseimbangan) . Air mata membantu penglihatan. Orang yang tidak dapat melihat ialah orang yang telah kekeringan air mata. Orang yang masih boleh melihat, tetapi kerap kehilangan sesuatu ialah orang yang mengalairkan air mata dengan kerap.

Mengalirkan air mata amat digalakkan kepada pesakit yang mendapat penyakit akibat perbuatan dosa seperti HIV Aids, sifilis atau sebagainya. Untuk pulih, pesakit perlu insaf, bertaubat kepada Allah dengan taubat hasuha hingga boleh mengalirkan air mata, kemudian Insya Allah penyakit tersebut akan mengalir keluar bersama dengan air mata. Walaupun telah terbukti secara saintifik bahawa rawatan Colour Vibration Therapy boleh merawat pesakit HIV dengan mudah dan pantas, tetapi jika pesakit tidak mahu bertaubat dan masih dengan sikap yang lama, saya minta sila bertaubat dulu sebelum mendapatkan rawatan daripada saya kerana proses rawatan akan menjadi agak rumit.

Jaundis atau demam kuning

Kelemahan yang kritikal terhadap mana-mana bahagian organ pencernaan (Perut, Hati, Limpa NW12, Buah Pinggang NW13, Hempedu NW14, Pankreas NW15) akan menyebabkan kulit, wajah dan kuku terutama bahagian mata putih akan kelihatan kuning. Di hospital doktor klasik akan mendakwa pesakit telah menghidap jaundis. Sebenarnya jaundis ialah penyakit yang banya berkaitan dengan organ Hati NW12. Tetapi mana-mana bahagian pencernaan yang lemah seperti yang disebutkan tadi juga akan turut menyebabkan jaundis.

Fenomena ini biasa disebut Demam Kuning. Demam kuning tidak mendatangkan masalah pada bahagian mata.

Iridology



Setiap keadaan kesihatan di seluruh tubuh akan memberi kesan refleks terhadap corak pada iris mata. Menyedari hakikat ini, maka wujudnya ilmu Iridology. Iridology moden diasaskan oleh Dr. Bernard Jensen.

Perubahan pada iris mata tidak mendatangkan masalah pada mata, tetapi ini adalah gambaran bahawa hubungan refleks mata dengan tubuh yang lain adalah amat rapat.

Juling
Juling terjadi akibat kelemahan pada soket mata untuk memegang biji mata dengan baik. Juling terbahagi kepada dua jenis iaitu exophoria dan esophoria (juga dieja exotropia dan esotropia). Exophoria ialah juling ke luar manakala exophoria ialah juling ke dalam. Terdapat juga exophoria dan esophoria yang juling keatas atau juling ke bawah yang masing-masing dipanggil hipo dan hiper. Rajah di bawah ialah jenis-jenis juling.

Masalah juling boleh dirawat dengan cara mempertenagakan semula soket mata agar ia kembali seperti bentuk yang asal. Sel-sel di bahagian soket mata yang menerima tenaga asalnya semula akan menyusun molekul-molekulnya supaya menjadi lebih kukuh dan teratur. Oleh itu biji mata akan kembali seperti asal.

Suhu badan yang tidak terkawal disebabkan oleh tekanan darah yang randah. Biasanya mereka yang menalami masalah juling juga kerap demam atau panas badan. Bahagian kalawan suhu NW7 turut meliputi bahagian rahang, lidah, gigi, mulut, dan telinga. Kemungkinan mereka yang juling juga akan menalami masalah di bahagian tersebut seperti gusi kerap berdarah, lidah gatal, telinga berdengung. Jika kelemahan di bahagian kawalan suhu NW7 beserta dengan kelemahan di bahagian Hempedu NW14, kemungkinan terdapat terlalu banyak jerawat di bahagian rahang dan dagu.

Rabun warna

Suhu badan yang tinggi dan tidak terkawal akan menjejaskan saraf mata. Selain maslah juling, ia akan menyebabkan rabun warna. Rabun warna boleh dirawat dengan cara mempertenagakan bahagian kawalan suhu NW7. Tetapi, adalah dinasikatkan supaya masalah rabun warna ini tidak perlu dirawat kerana ia tidak mendatangkan masalah. Malah mereka yang mengalami rabun warna sebenarnya turut berkebolehan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh manusia normal.


Terdapat dua keadaan mereka yang rabun warna iaitu protan dan deutran. Protan mempunyai keupayaan mengesan warna yang terhad manakala deutan ialah kekeliruan mengenalpasti warna. Spektrum tubuh mereka juga sebenarnya menyamai dengan spektrum kerabunan yang mereka alami. Manusia yang normal akan mempunyai lengkap 7 warna spektrum tubuh. Tetapi mereka yang rabun warna hanya mempunyai kurang daripada 5 spektrum warna.

Cuba uji sama ada anda rabun warna atau tidak. Jawapan kepada ujian ini, sila seretkan konsol mouse ke atas gambar.


Hukum Keseimbangan menjelaskan bahawa setiap yang kita lihat adalah sesuatu yang berada di dalam spektrum diri kita sahaja. Rabun warna telah mengesahkan kewujudan teori Hukum Keseimbangan. Bagi mereka yang mempunyai spektrum warna tertentu hanya akan dapat bertemu atau terserempak atau terperasan dengan perkara tertentu yang seimbang dengan spektrum dirinya sahaja. Misalnya mereka yang mengalami masalah gangguan spiritual (NW1) atau beberapa organ di level spiritual (NW1, NW2, NW3, NW4, NW5, NW6, NW7 dan MW8) akan mudah terserempak dengan cendawan.
Rabun

Kekenyalan ligamin yang memegang kanta adalah penentu kepada ketepatan fokus kata mata yang mempengaruhi kerabunan atau kejelasan pendangan mata. Kekenyalan ligamin ini bergantung kepada tahap kolestrol yang terdapat dalam darah. Jika terdapat lebihan kolestrol, ligamin lambat untuk bertindak atau hampir kaku untuk menyelaraskan fokus kanta mata. Jika ketiadaan kolestrol pula, maka hanya akan wujud satu keadaan iaitu sama ada seseorang itu akan mendapat rabun jauh atau rabun dekat.

Oleh itu kolestrol amat menting untuk mengelak masalah rabun mata. Tetapi kolestrol yang berlebihan pula akan menyebabkan mata menjadi kabur atau lambat menyelaraskan fokus kanta. Organ yang menjaga, mengawal dan memproses kolestrol ialah Hati NW12. Jika hati lemah, maka mata akan menjadi rabun.

Jika anda hayati, setelah mengambil makanan yang bergoreng, atau sekiranya anda kerap mengambil makanan yang bergoreng, mata anda akan mengalami masalah kekenyalan kata mata. Anda boleh mengujinya dengan cara cuba mambaca buku di tangan anda atau di atas meja, kemudian cuba baca tulisan di papan hitam atau white board di hadapan anda yang jaraknya antara 6 ke 12 meter. Dalam ujian ini sila baca tulisan pada buku, kemudian dengan segera baca tulisan di hadapan. Kemudian dengan segera baca semula tulisan pada buku dan dengan segera baca semula di hadapan.
Sila buat pemerhatian seperti berikut;

1. Adalah jelas penglihatan anda setiap kali menukar jarak penglihatan?

2. Berapa lamakah tempoh perlu diambil untuk mata anda dapat menyelaras fokus kanta supaya jelas?

3. Adalah anda hanya jelas kepada sesuatu jarak sahaja, misalnya dekat nampak jelas, jauh tidak atau sebaliknya jauh jelas dan jekat tidak?

4. Adakah anda kabur pada jarak kedua-dua penglihatan?

Soalan di atas disusun berdasarkan tahap kolestrol dalam darah. Semakin teruk keadaan untuk soalan berikutnya maka kemakin tinggi kolestrol anda.

Satu-satunya minyak masak yang tidak mengandungi kolestrol ialah munyak zaitun. Masalah ini dapat diatasi sekiranya anda mengambil minyak zaitun sebagai pengganti minyak masakan yang lain.

Silau

Protein akan disi ke dalam otot untuk membina strukturnya supaya menjadi lebih kuat. Tetapi protein yang berlebihan akan menyebabakan iris mata tidak dapat dirapatkan dengan baik. Akibatnya akan berlaku lebihan cahaya yang masuk ke dalam mata.

Mereka yang mengambil terlalu banyak protein akan mengalami masalah ini dan akan terasa seperti silau. Mata akan terbedip atau seperti hendap dipejamkan terutama jika berada di luar rumah.

Protein dikawal dan diuraikan oleh kekuatan Hati NW12. Mereka yang kerap mengambil susu lembu atau susu awal lembu yang mengandungai banyak protein atau susu yang diformulakan untuk atlit (ahli sukan) atau ahli bina badan akan menyebabkan mata menjadi silau.

Kabur / katarak / cataract (gambaran terhalang)



Kandungan gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan saraf mengalami keracunan dan terjejas strukturnya. Gula yang tinggi akan menyebabkan saraf mata tidak cekap membawa isyarat penglihatan ke otak. Akibatnya berlaku keadaan penglihatan seperti kabur atau seperti terdapat lapisan di hadapan mata atau pada peringkat yang kronik akan menyebabkan katarak.

Pembedahan tidak dapat merawat masalah ini secara kekal dan hanya bersifat sementara. Pesakit katarak yang berpunca daripada diabetes biasanya akan mendapat masalah katarak berulang sekiranya paras gula dalam darah masih tinggi.

Ringkasan Rawatan Masalah Mata

Gambarajah di bawah ialah anatomi mata dan diterangkan melalui jadual dibawahnya. Bagi setiap masalah, disertakan punca dan rawatan.
[post ini masih dalam pembinaan, harap maaf]

Info : http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/10/masalah-berkaitan-mata.html

Penyebab Diabetik Retinopati?



- Tempoh kencing manis melebehi 10 tahun.

- Kawalan Diabetes yang tidak memuaskan.

- Kekurangan darah merah (anaemia).

- Merokok