Rawatan Laser Diabetik Retinopati


Laser akan mengurangkan bengkak dan mengecutkan salur darah yang tidak diigini.

Laser tidak menyakitkan dan dilakukan secara pesakit luar / harian.

Laser bertujuan untuk mengekalkan penglihatan sediada bukan untuk meningkatkan daya penglihatan.

Pembedahan - dilakukan apabila perlu sahaja

Komplikasi Diabetik Retinopati


- Diabetik retinopati teruk dengan pendarahan

- Lekang retina

- Pendarahan vitreous

- Bengkak retina kronik

6 Makanan Terbaik Untuk Mata Yang Sihat




Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Buat mereka yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan tetapi dalam masa yang sama mementingkan kesihatan terutama kesihatan mata dan penglihatan. Pada hari ini saya kongsikan 6 jenis makanan berkhasiat yang mudah didapati di negara kita yang kebanyakan dari kita tidak tahu bahawa makanan-makanan tersebut mempunyai penyumbang kesihatan terbaik untuk mata manusia.


Kailan (Kale), Bayam (Spinach), Collards
Ketiga-tiga sayuran yang disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi
dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh badan. Merujuk kepada American Optometric Association,  lutein dan zeaxanthin (yang terkandung di dalam sayur tersebut) digambarkan sebagai "internal sunglasses" yang berfungsi "menapis gelombang biru" yang berada di persekitaran kita.


Tiram (Oysters)
Tiram merupakan makanan yang kaya dengan sumber zinc. Kekurangan zinc dikaitkan dengan gangguan penglihatan, penglihatan yang teruk pada waktu malam dan masalah katarak.
Pengambilan nutrien ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi makular berkaitan umur (age-related macular degeneration) di mana sering terjadi pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Bagi mereka yang tidak menggemari atau alah kepada tiram, anda juga boleh mencuba makanan lain seperti udang kara (lobster), ikan salmon, daging merah atau susu sebagai sumber zinc menggantikan tiram.

Aprikot
Aprikot kaya dengan sumber Beta Carotene dan Lutein. Beta carotene dan lutein adalah dari kumpulan Caretonoids yang membantu dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik.
Secara fisiologinya, tubuh manusia menukarkan beta carotene kepada bahan yang lebih ringkas iaitu Vitamin A. Vitamin inilah yang berfungsi mengelakkan kerosakan sel dan tisu mata serta melindungi kanta dalam mata.


Ubi Keledek atau Ubi Stelo (Sweet Potatoes)
Ubi keledek atau dikenali juga sebagai ubi stelo di kalangan masyarakat Kelantan adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A.
Hidangan satu mangkuk ubi ini membekalkan anda lebih daripada keperluan Vitamin A seharian. Selain dari ubi keledek, buah oren juga boleh dijadikan hidangan sebagai bekalan Vitamin A menggantikan ubi keledek.
Telur
Telur adalah satu lagi amkanan yang kaya dengan zinc. Selain itu telur juga kaya dengan sumber Omega 3 dan lutein.
Telur juga mengandungi caretonoids tetapi peratusannya adlah tidak sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Tambahan pula penyerapan caretonoids dari sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.
Gandum
Kandungan vitamin E yang tinggi dalam gandum berupaya memperlahankan degenerasi makular pada mata dan juga mengurangkan risiko katarak.
Selain daripada gandum, anda juga boleh mengambil almonds, biji bunga matahari (sunflower seeds), mentega kacang (peanut butter) serta ubi keledek (sweet potatoes) seperti yang telah dinyatakan di atas.

Info :  http://ruskemata.blogspot.com/2012/11/6-makanan-terbaik-untuk-mata-penglihatan.html

Jenis-Jenis Masalah Penglihatan

    1.       Low Vision/ penglihatan terhad

Low vision boleh didefinisikan sebagai kecacatan penglihatan yang tidak sepenuhnya iaitu apabila seseorang itu berkebolehan melihat antara 20/200 dan 20/70 iaitu kurang daripada 20%. Menurut World Health organization (WHO) dan Norini Salleh (1993) telah mengistilahkan kerabunan/ low vision sebagai mempunyai baki penglihatan (residual vision) yang signifikan.
Penglihatan terhad didefinisikan sebagai signifikan terhadap penurunan tahap pengupayaan penglihatan iaitu ketepatan penglihatan adalah kurang daripada 6/18 atau keadaan penglihatan kurang daripada 20 darjah garis pusat (Norini Salleh, 1993). Masalah penglihatan biasanya meliputi ketajaman penglihatan, keluasan penglihatan dan pengamatan penglihatan. Ketajaman penglihatan bermaksud keupayaan melihat sesuatu benda dengan jelas. Keluasan penglihatan bermakna luasnya kawasan yang dapat dilihat sekiranya mata dan kepala tidak digerakkan. Pengamatan penglihatan bermaksud pentafsiran penglihatan yang diproses di dalam otak untuk mengenal pasti konsep ruang. Kedudukan atau orentasi objek sama ada terbalik atau tidak. Penglihatan terhad terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

                               I.            Miopia/ rabun jauh

Objek dekat saja dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu panjang atau kuasa kanta mata yang terlalu tinggi. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu dihadapan retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cekung yang memapah cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina ( Hallan dan Kauffman, 1994)

                            II.            Hiperopia/ rabun dekat

Objek jauh dapat difokuskan dengan jelas kerana biji mata terlalu pendek ataupun kuasa kanta mata yang terlalu rendah. Ini menyebabkan sinar cahaya bertumpu di belakang retina. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung yang menumpukan cahaya supaya imej dapat difokuskan ke atas retina (Hallan dan Kauffman, 1994)

                         III.            Presbiopia

Masalah ini disebabkan kekenyalan kanta mata dan biasanya berlaku di kalangan orang tua. Kecacatan ini boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta Bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.

                         IV.            Astigmatisme

Cahaya tidak dapat difokuskan pada titik yang sama. Kecacatan ini boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata berkanta bifokal. Bahagian atas kanta digunakan untuk pandangan jauh dan bahagian bawah digunakan untuk membaca.

                            V.            Rabun warna

Rabun warna bukanlah merupakan kerabunan tetapi kecacatan penglihatan yang menyebabkan seseorang yang mengalaminya tidak dapat membezakan warna khususnya warna asas. Ia adalah kecacatan keturunan yang aneh yang melibatkan kira-kira 8% lelaki dan 0.4% perempuan (Norini Salleh, 1993). Orang yang menghadapi rabun warna sering mengalami kesulitan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau. Ujian mengesannya mudah dilakukan iaitu dengan menunjukkan beberapa plat buku yang mengandungi titik berwarna yang berbeza untuk dijadikan nombor tertentu. Nombor-nombor ini akan disalahtafsirkan oleh orang yang rabun warna. Terdapat tiga jenis rabun warna iaitu dichromat (merah-hijau), dichromat (kuning-biru), dan monokromat hanya menggunakan satu warna untuk menghasilkan warna-warna pelangi.

                         VI.            Rabun malam

Ia adalah kecacatan disebabkan oleh keturunan. Ia sukar dikesan dan mungkin menjejaskan pekerjaan seseorang. Keadaan ini tidak dapat dirawat.

                      VII.            Penglihatan terowong

         Penglihatan yang terhad. Hanya sebahagian saja objek yang dapat dilihat.

                   VIII.            Strabismus (juling)

Oleh kerana tidak ada koordinasi di antara otot-otot mata menyebabkan mata tidak lurus, tetapi bertemu di atas, terpesong keluar atau tegak ke atas atau ke bawah. Oleh itu tidak dapat memfokuskan pada satu tang sama. Juling boleh dikesan apabila bayi berumur enam bulan apabila penglihatannya kabur.

                         IX.            Ambliopia (mata malas)

Masalah ini mungkin disebabkan juling. Salah satu mata tidak dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, penglihatan menjadi kabur dan menimbulkan kekeliruan. Keadaan ini boleh dirawat sebelum umur tujuh tahun.

                            X.            Glaukoma

Masalah ini disebabkan tekanak pada biji mata yang memusnahkan urat saraf mata dan seterusnya menjejaskan penglihatan. Biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun ke atas.

                         XI.            Diplopia

Mereka yang menghadapi masalah ini akan mengalami masalah di mana semua objek nampak dua.

                      XII.            Albinisme

Mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif pada sinaran cahaya. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh keturunan.

 Ciri-ciri masalah penglihatan atau buta.

            Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan yang teruk biasanya dapat dikesan dari peringkat pra sekolah dan persekolahan sebenarnya.
Hewett udan Forness (1974), menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku, dan aduan. Ini diakui oleh The uNational Society For The Prevention Of Blindness (1972), pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a)           Rupa
Kanak-kanak yang cacat penglihatan adalah berbeza daripada kanak-kanak normal seperti berikut:
                               I.            Matanya sangat sensitif pada cahaya.
                            II.            Bahagian tepinya berwarna merah.
                         III.            Kelopak matanya bengkak
                         IV.            Matanya selalu berair
                            V.            Juling iaitu memutarkan matanya bila melihat
                         VI.            Bintik-bintik putih di tengah mata.
b)          Tingkahlaku
Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan juga boleh dikesan melalui:
                               I.            Menggosok dan mengerdip mata dengan berlebihan
                            II.            Selalu mengerutkan mata
                         III.            Suka menutup dan melindungi sebelah mata
                         IV.            Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu mata.
                          V.            Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan   objek pada mata
                         VI.            Kerap menangis
                      VII.            Memegang kepala dengan cara luar biasa
                   VIII.            Kerap melanggar sesuatu dan terjatuh apabila berjalan.

c)           Aduan
Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya kan menyatakan tidak puas hatinya untuk mendapatkan perhatian. Ciri-ciri bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan penglihatan ialah:
                               I.            Mengadu melihat objek yang tidak jelas atau nampak
                            II.            Merasa sakit kepala bila membuat sesuatu kerja
                         III.            Pandangan sentiasa kabur
                         IV.            Mengadu nampak dua imej pada sesuatu (double vision)

2.1.4 Ciri-ciri kanak-kanak Low Vision/ penglihatan terhad
            Masalah penglihatan boleh dialami oleh kanak-kanak, tetapi keadaan itu sukar dikesan pada peringkat awal. Ini kerana kanak-kanak tidak memahami masalah itu dan tidak tahu bagaimana menyatakan. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan penglihatan terhad biasanya dapat dikesan pada peringkat prasekolah, tetapi kecacatan yang sepenuhnya mungkin dapat dikesan bila mereka mula bersekolah. Hewett dan Forness (1974) menyatakan kecacatan ini boleh dikesan melalui tiga cara iaitu rupa, tingkahlaku dan aduan. The National Society For The Prevention Of Blindness (1972) pula menyatakan ia boleh dikesan melalui:
a)           Rupa
Mata kanak-kanak bermasalah penglihatan terhad adalah berbeza dengan kanak-kanak normal antaranya ialah:
                               I.            Sentiasa mengerdip dan menggosok mata.
                            II.            Penglihatan kabur dan kadang kala menjadi dua imej
                         III.            Juling iaitu memutar-mutar matanya bila melihat sesuatu
                         IV.            Kelopak mata keras, bengkak dan merah di keliling.
                            V.            Bahagian tepi matanya berwarna merah
                         VI.            Mengadu sakit mata kadang kala mata selalu berair kerana terlalu sakit
                      VII.            Katarak- bahagian anak mata berbintik putih, berkabut dan kelam
                   VIII.            Mata yang terlalu sensitif kepada sebarang cahaya.
b)          Tingkahlaku
Tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan juda boleh dikesan seperti:
                               I.            Selalu mengerut mata dan bahagian kening
                            II.            Suka menutup dan melindungi sebelah mata
                         III.            Mendekatkan kepala bagi melihat sesuatu objek
                         IV.            Susah untuk membaca atau melakukan sesuatu kerja dan perlu mendekatkan objek kepada mata.
                            V.            Kerap menangis
                         VI.            Kerap melanggar tiang-tiang dan tunggul sewaktu berjalan
                      VII.            Memegang kepala dengan cara luar biasa
                   VIII.            Suka memicit dan mencucuk matanya untuk melihat sesuatu
                         IX.            Meniru ketika berada berada di dalam kelas
                            X.            Mata cepat letih
                         XI.            Sering tersandung dan terjatuh apabila berjalan, menaiki atau menuruni tangga.
c)              Aduan
Kanak-kanak yang mengalami sesuatu masalah biasanya akan menyatakan perasaan tidak puas hati supaya mendapat perhatian. Tanda-tanda aduan yang dapat diperhatikan seperti:
                               I.            Mangadu kerana tidak dapat melihat dengan jelas
                            II.            Berasa sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja
                         III.            Pandangan kabur
                         IV.            Mengadu nampak dua imej pada suatu objek
                            V.            Mengadu suasana manjadi gelap apabila awan mendung
                         VI.            Mengadu sakit mata sehingga kadang kala mata berair
                      VII.            Pelajarannya kurang memuaskan

 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan
Kaedah pengajaran dan penmbelajaran bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan agak berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran walaupun kanak-kanak bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran melalui arus perdana. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi penyampaian sesebuah matapelajaran dan kaedah yang dipilih oleh guru dalam program pendidikan khas bermasalah penglihatan. Kaedah–kaedah yang dipilih adalah seperti berikut:
Ó  Kemahiran mendengar dan menggunakan deria lain.
Kanak-kanak bermasalah penglihatan hanya tidak dapat melihat atau tidak melihat dengan jelas tetapi mereka mempunyai daya pendengaran yang agak tinggi. Maka mereka menggunakan daya pendengaran untuk mempelajari pelbagai matapelajaran. Selain menggunakan daya pendengaran, mereka juga menggunakan deria mereka yang lain seperti tangan. Mulut dan deria rasa untuk menjalankan tugasan atau kerja yang diberikan oleh guru mereka.
Ó  Pengubahsuaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Guru akan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran mengikut keupayaan kanak-kanak bermasalah penglihatan. Contohnya, guru akan mengajar menulis dengan menaip menggunakan Braille. Ini akan memudahkan kanak-kanak bermasalah penglihatan bagi menulis nota atau menyiapkan kerja yang diberikan oleh duru mereka.

 Info :  http://lisazadora.blogspot.com/2012/07/jenis-jenis-masalah-penglihatan.html

Masalah Saluran Air Mata Tersekat

 

Seorang ibu muda mengadu, “anak saya berusia dua bulan. Tapi matanya selalu berair bukan itu saja, kadangkala langsung tidak boleh buka kerana diselaput tahi mata. Kalau waktu pagi, tahi mata yang keras seakan gam menutup matanya. Apa sebenarnya masalah mata anak saya? Peliknya, hanya mata kiri, mata kanan elok pula,.”


Anda pernah mendengar masalah yang dinamakan ’blocked tear ducts?’ Masalah yang diutarakan ibu itu sebenarnya masalah biasa hampir 30 peratus bayi yang baru dilahirkan. Masalah saluran air mata yang tersekat ini tidak kelihatan serta merta sebaik dilahirkan. Hanya selepas beberapa hari atau minggu pertama kelahiran, masalah ini timbul.


Ia bukan masalah serius, sebaliknya akan hilang apabila bayi berusia enam bulan ke atas. Bagaimanapun jika hingga usianya setahun, masih belum pulih, satu pembedahan kecil perlu dilakukan bagi membuka saluran yang tersekat. Apa sebenarnya masalah saluran air mata tersekat?
Secara normal, air mata akan mengalir dari mata melalui tiub kecil yang dinamakan saluran air mata yang merintang dari mata hingga ke hidung. Selalunya, masalah saluran air mata yang tersekat terjadi apabila pembukaan saluran itu tidak terbuka sempurna. Apabila saluran itu tersekat, ia dipenuhi cecair dan boleh menyebabkan mata bengkak dan radang malah kadangkala jangkitan.


Tetapi ia boleh juga terjadi disebabkan jangkitan, pertumbuhan luar biasa tulang hidung yang menekan saluran air mata dan menutupnya. Atau pembukaan dalam penjuru mata (puncta) tidak terbentuk atau tertutup. Sebenarnya masalah saluran air mata tersekat ini bukan saja terjadi pada bayi yang baru lahir tetapi juga orang dewasa. Bagi orang dewasa puncanya lebih serius. Antaranya disebabkan penebalan garisan salur air mata, masalah resdung atau hidung, kecederaan pada tulang dan tisu sekeliling mata (seperti tulang pipi), jangkitan atau tumor.


Masalah saluran air mata yang tersumbat boleh dirawat di rumah. Biasanya doktor kanak-kanak atau doktor mata akan mencadangkan bahagian hidung mata yang sakit diurut beberapa kali sehari. Tetapi pastikan tangan anda dibasuh sebelum mengurut mata anak. Jika jangkitan terjadi, doktor akan memberi ubat titik.

Kapas yang dibasahkan dengan air suam juga boleh digunakan untuk menyapu tahi mata yang terlekat tetapi hanya gunakannya tidak lebih dari sekali. Jika keadaan yang sama berlarutan hingga usia bayi mencapai enam ke lapan bulan dan terjadinya jangkitan serius atau jangkitan berulang, doktor mungkin mencadangkan pembedahan kecil untuk membuka saluran yang tertutup.
Sumber Maklumat: Berita Minggu.

Info : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/490-masalah-saluran-air-mata-tersekat.html

Punca-Punca Silau Malam





Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Silau malam lebih-lebih lagi semasa memandu merupakan masalah yang dialami oleh ramai orang. Kadangkala sangat merbahaya dan terpaksa menghentikan kenderaan gara-gara silau dan tidak dapat melihat arah jalan.  Saya seringkali ditanya bagaimana caranya untuk mengurangkan silau malam. Sebelum saya menerangkan lebih lanjut mengenai cara untuk mengelakkan silau malam ni, kita tengok dulu apakah punca yang menyebabkannya. Bila kita tahu punca lebih senang nak selesaikan. Betul tak?



Melalui pemerhatian saya, masalah silau menyilau ini kebanyakannya lebih berpunca dari faktor luaran dari faktor dalaman. Apa yang dimaksudkan dengan faktor luaran ialah faktor yang melibatkan tindakan orang lain manakala faktor dalaman pula mempunyai kaitan dengan diri sendiri. Jom usha!


Faktor Dalaman

1. Mata

Punca utama bagi masalah silau ialah kuasa mata atau power yang tidak dibetulkan. Sama ada power sphere atau astigmatisma akan memberikan masalah silau Bagi pemandu yang lebih berusia, mereka akan lebih sensitif kepada masalah silau ini berbanding dengan mereka yang lebih muda. Ini adalah kerana keadaan mata mereka yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan pantas kepada cahaya yang dikenakan pada mereka. Ini sebenarnya berkaitan dengan fisiologi mata mereka. Selain itu pembedahan yang melibatkan bahagian kornea juga boleh menyebabkan silau.

Faktor Luaran

2. Lampu Extra Kenderaan

Kebanyakan kenderaan sekarang dilengkapi lampu kabus atau dipanggil fog lamp. Tau tak fog lamp ni di mana letaknya? Kalau di Malaysia, kebanyakan kenderaan, fog lamp dipasang di bahagian bawah iaitu di bahagian bumper depan. Kegunaan fog lamp  adalah semasa berada di kawasan kabus tebal. Fog lamp akan dinyalakan untuk memudahkan penglihatan pemandu serta memberikan kemudahan kepada pemandu lain untuk menyedari kehadiran anda. 

Ada juga fog lamp pada beberapa kenderaan dibuat cantik dan nampak stylo bila dinyalakan. Namun begitu, menyalakan fog lamp yang stylo itu semasa memandu pada waktu malam biasa dan tanpa kabus, akan memberikan masalah silau kepada pemandu lain. Jangan disebabkan stylo itu akan mengundang bahaya kepada orang lain. Tetapi kebanyakan syarikat-syarikat terkemuka telah memperbaharui rekabentuk fog lamp dengan menggunkan LED yang tidak memberikan masalah silau kepada pemandu lain. Contoh seperti Audi A4 di sebelah. Memang cun kan!




3. Lampu HID

Perasan tak ada kereta yang menggunakan lampu yang berwarna kebiru-biruan yang tersangat terang? Lampu tersebut dipanggil sebagai High-Intensity Discharge atau nama glamornya HID. HID sudah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat iaitu pada tahun 1996 lagi. HID tidak menggunakan filamen seperti lampu biasa tetapi menggunakan voltage tinggi untuk mengionkan gas xenon dan membuatkan ia bercahaya. Tahap kecerahan HID adalah dua kali lebih cerah berbanding dengan lampu halogen biasa.

Sama ada suka atau benci HID ini bergantung kepada pihak di sebelah mana anda berada. Pemandu yang memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya disebabkan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa berdepan dengan HID ini, sumpah seranah la yang dihamburkan.




4. Kedudukan Lampu Kenderaan 

Masalah ini berkaitan dengan kenderaan besar seperti SUV. SUV mempunyai saiz yang besar dan dipandu pada tahap yang lebih tinggi daripada kereta biasa. Saiz yang besar ini menyebabkan lampu yang ditempatkan di SUV adalah lebih tinggi dan menyebabkan silau pada pemandu lain. Saya lebih perasan keadaan silau ini  jika SUV tersebut berada di belakang dan hampir. Silau sangat dan terpaksa sengetkan cermin pandang belakang untuk menggunakan mode malam.




5. Tahap Ketinggian Lampu

Lampu depan kenderaan wajib dilaraskan supaya tidak menganggu pemandu yang bertentangan. Kesilapan melaraskan ketinggian lampu walaupun satu darjah akan memberikan kesan yang besar kepada pemandu lain. Kenderaan yang telah berusia lebih 5 tahun perlu diperiksa tahap ketinggian lampunya kerana lampu depan kenderaan yang begini lebih cenderung untuk misalign.



Begitulah 5 faktor yang menjadi punca utama masalah silau di kalangan kita. Empat dari lima faktor tersebut merupakan faktor luaran yang mesti diambil perhatian oleh semua pihak. Saya berpendapat jika kita 1 Malaysia dapat bekerjasama melakukan apa yang betul, Insyaallah masalah silau ini akan berkurangan. Malaysia Boleh maaa...Ok setelah kita mengetahui faktor-faktor tersebut barulah senang sikit untuk mengatasinya. Selepas ini saya akan post artikel berkenaan dengan bagaimana untuk mengatasi silau. 


Kalau ada pendapat atau faktor-faktor lain bolehlah kongsi-kongsi di sini ok...Chow dulu!


ZAsssss.....

Info : http://truskemata.blogspot.com/2010/06/silau-malam-bagaimana-atasinya.html